Pusat Latihan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Kota Damansara telah ditubuhkan dengan usaha sama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dan Persatuan Penduduk Seksyen 6 Kota Damansara. Pusat latihan ini bergerak aktif dengan membuat 8 kali pengambilan ahli baru sejak tahun 2004. Kelas Silat Cekak Hanafi ini turut disertai oleh golongan pelajar, belia dan professional yang mempunyai keinginan dan kesungguhan untuk mempelajari seni mempertahankan diri asli Melayu. Maklumbalas amat dialu-alukan, sila emel komen atau cadangan anda ke cekakhanafikd@gmail.com